Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan ajak BN berarak, bukan pencil di masjid
Diterbitkan:  Jun 4, 2010 11:53 AM
Dikemaskini: 4:19 AM

Di saat-saat akhir sebelum demontrasi kedua-dua pihak bermula, gabungan pembangkang mempelawa Pemuda BN turut berarak ke kedutaan Amerika Syarikat, bukan "memencilkan" perhimpunan mereka di Masjid Negara sahaja.

NONE "Isnin lepas mereka demo di bangunan PBB (Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu). Adakah Pemuda BN takut nak demo depan kedutaan Amerika! Hari ini pun mereka tidak mahu pergi ke kedutaan Amerika!

"Saya mengajak Pemuda BN tunjukan soladariti mereka dalam isu ini bersama majoriti rakyat. Jangan pencilkan himpunan anda di Masjid Negara sahaja.

"Mesej kita harus sampai kepada wakil Amerika-Israel di kedutaan US," kata jurucakap sekretariat mobilisasi demontrasi Pakatan Rakyat Herman Samsudeen.

NONE Katanya, dalam masa yang sama, Pertubuhan Pribumi Perkara Malaysia (PERKASA) - NGO yang dilihat dekat dengan kerajaan - dan semua pertubuhan lain mengesahkan menyertai demontrasi Pakatan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.

"Sekali lagi saya ingatkan, ini bukan pentas politik. Kita bukan nak tunjuk hebat masing-masing, bukan nak tunjuk siapa ketua paling hebat.

"Ini hanyalah demontrasi solidariti kemanusiaan untuk Palestin. Hancur Israel!" kata Herman dalam satu kenyataan hari ini.

ADS