SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London.



azlanSebaliknya, SPRM akan menghantar soalan kepada Balasubramaniam dan meminta saksi tersebut menjawab dalam bentuk affidavit, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Kita akan menulis kepada peguam saksi berkenaan esok, untuk memaklumkan keputusan tersebut, dan untuk mengemukakan soalan-soalannya," katanya.

Shukri berkata langkah tersebut diambil atas nasihat Pejabat Peguam Negara, dengan mengambil kira kes Tan Sri Eric Chia di mana satu kenyataan saksi yang dirakam di luar negeri, tidak diterima sebagai bahan bukti dalam kes rasuah tersebut.

NONEMenurut pengarah undang-undang dan pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa pula, keputusan untuk tidak merakam kenyataan Balasubramaniam itu juga mengambilkira keputusan terhadap keterangan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues kematian Tan Hock Beng.

"Dalam kes Eric Chia, kami mempunyai kenyataan yang dirakamkan dalam kamar majistret di luar negeri, tetapi ia tidak dapat diterima. Kami tidak mahu usaha kami menjadi sia-sia," katanya.

'Bala bukan musuh kami'

Ketika ditanya, beliau mengakui afidavit tersebut mungkin tidak banyak membantu kes berkenaan jika Balasubramaniam tidak tampil memberi keterangan di mahkamah.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder caseKatanya, menurut Seksyen 30 (1) (c) Akta SPRM 2009, sesuatu
afidavit diterima di mahkamah, tetapi berat bukti itu boleh dipersoalkan jika ia tidak boleh disoal-balas.

Shukri berkata kerana itulah SPRM meminta Balasubramaniam (kanan) memberikan pernyataan di Malaysia dan memberi keterangan di mahkamah.

SPRM telah merakam kenyataan "sebahagian besar saksi" dan kenyataan penyiasat persendirian itu sangat penting untuk kes berkenaan, katanya.

Menurutnya, SPRM memerlukan kenyataan Balasubramaniam untuk membantu siasatannya.

"Beliau bukan musuh kami dan begitu juga kami bukan musuhnya. Kami menjangka kita perlu merakamkan kenyataan dari lebih ramai lagi saksi, berasaskan kepada afidavit beliau."

Ditanya mengapa SPRM mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai wawancara dengan Balasubramaniam itu, Shukri berkata, lebih baik ianya dilakukan perlahan-lahan supaya usaha semua pihak, tidak menjadi sia-sia."

Sebelum ini, SPRM bersetuju untuk merakam kenyataan Balasubramaniam di Holiday Villa di London dari 5 hingga 7 Julai.

Berita asal

 


 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.