Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Chegubard beri kerjasama
Diterbitkan:  Jul 10, 2010 4:01 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Polis menahan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin, di Seremban malam semalam kerana mahu merakamkan kenyataannya.

badrul hisham shaharin altantuya Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan di pejabat perhubungan parti itu di Jalan Rahang di Seremban dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

"Kita menahannya lebih dua jam dan dia beri kerjasama yang baik. Kita cuma mahu rakam kenyataanya, kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja.

"Sebelum ini ada pihak yang membuat laporan polis mengenai penulisan dalam blognya itu," katanya di Seremban, hari ini.

Osman berkata, Badrul Hisham ditahan sebelum 9 malam semalam untuk direkodkan kenyataannya dan selepas itu dia dibebaskan dengan jaminan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

 - Bernama

ADS