Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedudukan tunai Felda tak gambarkan nilai aset
Diterbitkan:  Jul 28, 2010 3:23 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Kedudukan tunai Felda yang berkurangan dari RM4.08 bilion pada 31 Disember, 2004, kepada RM1.35 bilion pada 31 Disember, tahun lalu tidak menggambarkan kedudukan sebenar nilai keseluruhan aset lembaga kemajuan tanah itu, Dewan Negara diberitahu hari ini.

ahmad maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ( kiri ), berkata pengurangan kedudukan tunai itu disebabkan perbelanjaan dan peruntukan yang dikeluarkan bagi membangunkan masyarakat Felda sepanjang tempoh berkenaan.

"Angka tunai itu juga tidak termasuk nilai saham yang dimiliki Felda, iaitu kira-kira RM4 bilion," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Akhbar Ali yang ingin tahu faktor yang menyebabkan nilai aset Felda dilaporkan merosot hampir RM3 bilion bagi tempoh lima tahun dan tindakan bersesuaian yang telah diambil ke atas mereka yang terbabit.

Ahmad Maslan berkata, walaupun kedudukan tunai berkurangan dalam tempoh itu, Felda mempunyai nilai aset semasa dan aset tetap yang telah melonjak sebanyak RM6.2 bilion, iaitu dari RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009.

Felda Beliau berkata, komponen terbesar perbelanjaan yang dikeluarkan Felda dalam tempoh lima tahun itu ialah membiayai program pembangunan tanam semula kebun peneroka yang membabitkan pembiayaan sara hidup dari RM1,000 hingga RM1,300 untuk 4.046 hektar sebulan bagi 17,705 peneroka.

"Selain itu, bantuan pembiayaan pendahuluan hasil dari RM1,400 hingga RM1,500 untuk 4.046 hektar sebulan, membabitkan seramai 38,058 peneroka.

"Pembiayaan ini turut termasuk kos tanam semula yang dianggarkan RM2,630 seekar (0.404 hektar) bagi kawasan seluas 37,302 ekar (15,095.6 hektar) yang membabitkan keseluruhan kos RM2.42 bilion," katanya.

felda cow cattle rearing centre palong 120206 field Selain itu, katanya, Felda turut mengeluarkan perbelanjaan RM2.41 billion untuk peneroka dan generasi baru menjalankan aktiviti sosio ekonomi, latihan kemahiran, bayaran bonus insentif produktiviti, sumbangan Hari Raya, tuntutan insurans, dan aktiviti kebajikan.

"Semua perbelanjaan ini diberi bagi membantu kewangan peneroka, di samping sebagai galakan untuk membangunkan rancangan," katanya.

Sementara itu, katanya, sejumlah RM603 juta dikeluarkan kepada 19,546 peneroka bagi pinjaman bagi pembesaran rumah dengan nilai maksimum yang dikeluarkan sebanyak RM40,000 untuk setiap rumah.

NONE "Peruntukan ini juga dapat meningkatkan kualiti hidup dan pinjaman ini tidak dikenakan sebarang riba dan dikenakan bayaran balik bagi tempoh 20 tahun," katanya

Ahmad Maslan juga berkata, Felda turut menyalurkan peruntukan RM269 juta bagi membiayai program pembasmian kemiskinan rakyat di Sabah hasil keuntungan ladang-ladangnya di negeri itu.

Katanya, sejumlah RM220 juta pula dikeluarkan untuk membantu menyelesaikan masalah bekalan air bagi kawasan Felda di Pahang, selain mengeluarkan perbelanjaan RM134 juta untuk projek Perumahan Warga Felda (PWF) sebagai usaha membantu generasi Felda memiliki rumah.

"Lima projek PWF fasa pertama ini berkonsepkan rumah mampu milik di mana ia ditawarkan dengan harga RM35,000 bagi rumah kos rendah dan RM65,000 bagi rumah kos sederhana rendah dan kos prasarana pula dibiayai Felda di mana setiap unit rumah melibatkan subsidi kira-kira RM20,000," katanya.

- Bernama

ADS