Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan penyokong Tee Boon Hock mengadakan protes di depan pejabat exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Pandamaran pagi tadi kerana membantah tindakan parti itu memecat ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) tersebut.

NONE Mereka yang membawa  kain rentang dengan tulisan menyokong  Tee, terdiri daripada ahli DAP daripada kira-kira 15 cawangan di sekitar Klang.

Dengan diketuai setiausaha DAP Klang, Lee Fu Haw, mereka membantah apa yang mereka sifatkan sebagai tindakan keras terhadap seorang aktivis DAP yang telah banyak berjasa kepada parti sejak menyertainya hampir tiga dekad yang lalu.

“Beliau telah bersama DAP selama 26 tahun, tidak patut dia dipecat seperti itu?" kata Lee kepada pemberita sewaktu protes  tersebut.

Tee dan DAP menjadi tumpuan media sejak awal minggu ini selepas akhbar the Star melapor mendakwa Tee telah menyalahgunakan cop dan kepala surat Ronnie untuk mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk 20 syarikat, termasuk sebuah milik anggota keluarganya.

Rab u lalu, Tee menafikan dakwaan tersebut, tetapi kemudiannnya diminta bercuti oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Ibrahim sementara siasatan dijalankan.

P tee boon hock protest 010810 tee boon hock with supporters eserta protes itu bagaimanapun bertegas bahawa Tee sepatutnya digantung daripada parti sementara siasatan dijalankan dan bukannya terus dipecat.

Lee juga memetik kenyataan ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bahawa pemeriksaan yang dilakukan di pejabat MPK tidak menemui sebarang surat sokongan yang dikatakan dikeluarkafn oleh Tee.

Mengulangi penjelasan Tee kepada jawatankuasa disiplin DAP  semalam, Lee berkata, Tee tidak tahu anak lelakinya menjadi rakan kongsi syarikat yang mendapat surat sokongan yang ditandatanganinya.

"Malah, pihak polis pun tidak menemui sebarang bukti ketika menjalan pemeriksaan di pejabat Tee, jadi kita rasa hukuman yang dikenakan ke atasnya itu terlalu gopoh dan keras.

"Mereka mungkin boleh menggantungnya, tetapi jangan terus dipecat," tambah Lee.

[Baca berita penuh]

 

 
ADS