Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hak Bumiputera perlu kekal, kata presiden PAS
Diterbitkan:  Aug 6, 2010 7:31 PM
Dikemaskini: 11:41 AM

Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

pas muktamar 130610 abdul hadi awang Menurut beliau realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin , sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila, Marang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi.

--Bernama

ADS