Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Serangan' berterusan pada editor
Diterbitkan:  Aug 21, 2010 2:18 PM
Dikemaskini: 3:09 PM

Kini giliran editor majalah politik berbahasa Cina Special Weekly Xiao Hong Long mengalami nasib yang sama dengan penggantungan DJ Radio 988 atas alasan menyentuh isu sensitif melibatkan kaum.

special weekly ong tee keat 020609 01 Difahamkan, penyiaran kartun politik 'Mr U-turn' dianggap sebagai 'ancaman' kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, Xiao, 37, dimaklumkan oleh pihak atasannya bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraihitamkannya dan menuntut beliau dikeluarkan daripada majalah itu.

Bagaimanapun, syarikatnya memutuskan mengekalkan Xiao, yang kini sedang "bercuti" sambil menunggu nasibnya.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Dalam jawapan balasnya kepada Malaysiakini melalui SMS semalam, Zaitun berkata kementerian hanya mengeluarkan amaran kepada majalah itu ekoran penyiaran iklan perjudian.

[Baca berita penuh]

ADS