Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kakitangan awam S'gor, Melaka pula dapat RM500
Diterbitkan:  Aug 26, 2010 3:32 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas.

khalid ibrahim and selangor state Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya  ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru Kafa supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan,” petik kenyataan itu.

Sebelum kerajaan Pakatan di Pulau Pinang mengumumkan pemberian wang raya sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidifitri.

Semalam, kerajaan pusat pula mengumumkan pemberian wang raya RM500 kepada kakitangan awam gred 1 hingga 54.

Melaka ikut langkah pusat

Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan lebih 4,500 kakitangan awam kerajaan negeri Melaka dan semua agensinya, akan mendapat bayaran bantuan khas kewangan bernilai RM500 seorang untuk menyambut Hari Raya Aidilftiri ini.

ali rustam and melaka Ketua Menteri, Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan Melaka mengikut langkah kerajaan pusat memberi bantuan tersebut.

"Bantuan itu melibatkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM2,278,500 dan bantuan tersebut akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Taman Bahagia di Melaka, malam semalam.

Mohd Ali berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan bebanan kewangan untuk mereka menyambut hari raya dan mereka perlu menggunakan bantuan tersebut secara berhemah.

 

ADS