Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Radio 988 pecat DJ Jamal, CEO
Diterbitkan:  Sep 8, 2010 3:22 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Hos rancangan Mandarin Hi Malaysia di stesen radio 988, Jamaluddin Ibrahim dan ketua pegawai eksekutifnya, Wong Lai Ngo telah dipecat.

Kedua-dua mereka diberikan surat penamatan perkhidmatan pagi ini yang ditandatangani oleh pengurus besar kumpulan (penyiaran) StarFM, Richard Ong.

988 radio jamal ibrahim sacked in corridor Menurut surat Ong kepada Jamaluddin itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendakwa syarikat berkenaan telah melanggar syarat lesen iaitu perkara 10.2 dan  10.3 ketika rancangan itu keudara pada 13 Ogos lalu.

“Sehubungan itu, syarikat memegang anda selaku penyampai/penerbit bertanggungjawab terhadap pencabulan syarat-syarat/kesalahan berkenaan.

“Dengan itu, dukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan anda dengan syarikat ini ditamatkan serta-merta,” surat itu dipetik.

Pada 19 Ogos lalu, Jamaluddin digantung kerja dan diarahkan bercuti atas alasan menimbulkan isu perkauman sensitif.

Ia dipercayai berhubung surat dari SKMM yang mendakwa program berkenaan disyaki "mengancam keselamatan negara" dan "menjejaskan hubungan kaum."

Hi Malaysia dikeudarakan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.10 hingga 10 pagi. Selain Jamaluddin, rancangan itu juga dikendalikan seorang lagi DJ tetap, Qiu Yue termasuk seorang lagi DJ yang digilirkan untuk tugas berkenaan.

Program berkenaan menyediakan slot untuk pendengar memanggil dan menimbulkan pelbagai isu semasa dan ia mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Cina.

[Baca berita penuh]

ADS