Amanat 'keramat' Mahathir bukan pandangan peribadi tapi arahan - Rafique
Dewan yang gamat menyambut kehadiran pengasas Pejuang Dr Mahathir Mohamad bertukar sepi ketika ketua penerangan parti itu Rafique Rashid Ali membacakan amanat bekas perdana menteri itu semalam.
Dari kerusi rodanya, Mahathir pada usia 101 tahun, merenung Rafique yang membacakan ucapan yang ditulisnya sendiri.
“Semasa saya baca beliau renung tajam pada saya. Agaknya beliau meronta-ronta mahu bangun, mahu baca dan suarakan apa yang beliau sendiri tulis,” kata Rafique dalam kenyataan bertajuk hari ini.
Rafique tidak menyebut nama Mahathir pada kenyataan berjudul “Kehadiran Tanpa Suara” itu tetapi merujuk kepadanya sebagai pengasas Pejuang dan menyebut nombor keahliannya, 000 001.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-02_489327.jpg)
“Saya perhatikan seluruh dewan senyap dan memberi tumpuan penuh. Setiap kata dan ayat yang dikarang beliau sengaja dipilih olehnya sendiri kerana ia amanat keramat,” katanya.
Dalam pada itu, Rafique menganggap amanat Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu semalam sebagai “lebih pada arahan”, meskipun bekas perdana menteri itu menyebutnya sebagai pandangan peribadi.
“Itu lebih pada arahan bukan pandangan,” katanya lagi.
Rafique turut menggesa ahli Pejuang dan rakyat Malaysia supaya tidak mudah berputus asa apabila berdepan kekangan fizikal atau halangan semasa.
“Suara beliau mungkin perlahan hari ini. Tetapi selagi hayat dikandung badan, kehadiran YABhg Tun adalah bukti bahawa perjuangan ini belum selesai,” katanya.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-06_557196.jpg)
Lebih 500 perwakilan bangun dan bersorak ketika Mahathir memasuki dewan Perhimpunan Agung Tahunan Pejuang kali keempat di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam ketika anaknya, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, mengakhiri ucapan dasar parti.
Itu penampilan pertama Mahathir pada acara politik sejak isterinya, Allahyarhamah Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, meninggal dunia pada 28 Sept.
Mukhriz memberitahu pemberita kemudian bahawa perhimpunan itu merupakan majlis besar pertama yang dihadiri bapanya sejak September.
Katanya, Mahathir menulis sendiri ucapan itu dan meminta Rafique membacakannya kerana suaranya sukar didengar.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-05_784447.jpg)
Dalam amanat itu, Mahathir berkata rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, berdepan dua pilihan politik yang masing-masing mempunyai masalah dan perlu memilih yang kurang memudaratkan.
Dia berkata keadaan itu umpama peribahasa Melayu, ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Mahathir tidak menamakan pihak dalam kedua-dua pilihan itu.
Katanya, satu pilihan dilihat akan meminggirkan agama, bangsa dan falsafah negara sebagai Tanah Melayu manakala satu lagi seolah-olah menghalalkan kemungkaran.
Bagaimanapun, dia berpandangan masih ada ruang membawa perubahan pada satu daripada pilihan itu, termasuk melawannya dari dalam jika perlu.
Mahathir menegaskan penilaian itu sekadar pandangan peribadinya. Teks ucapan itu dibacakan berikutan keadaan suara Dr Mahathir yang agak lemah dan dikhuatiri boleh menjejaskan penyampaian ucapannya.
"Satu lagi kebenaran ialah mereka yang terbabit memecat kita dari parti induk sehingga memaksa kita menubuh Pejuang, hari ini ramai di kalangan mereka itu turut dipecat dan terpaksa tubuh parti lain," kata bekas perdana menteri itu.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-04_906688.jpg)
Pengasas Pejuang itu juga mengulas keputusan pihak tertentu keluar daripada kerajaan ketika dia menjadi perdana menteri pada 2020 secara tergesa-gesa atas alasan tidak bersetuju dengan komponen parti tertentu.
Menurut Mahathir, mereka yang dahulu begitu lantang mendesak tindakan berkenaan kini dilihat kembali menjurus kepada parti yang pernah ditentang.
“Kitaran atau pusingan itu kelihatannya hampir lengkap,” katanya.
Dari Bersatu ke Pejuang
Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru pada 7 Ogos 2020 selepas gagal mencabar penyingkirannya daripada Bersatu di mahkamah.
Lima hari kemudian, dia mengumumkan nama parti itu, Parti Pejuang Tanah Air.
Pejuang diasaskan bersama sekumpulan bekas pemimpin dan ahli Bersatu, termasuk Mukhriz. Mahathir menjadi pengerusi manakala Mukhriz menjadi presiden.
Ketika itu, Mahathir berkata Pejuang akan meneruskan apa yang disifatkannya sebagai perjuangan asal Bersatu untuk membanteras rasuah.
Pejuang mula menguji sokongan pengundi pada PRK Slim pada Ogos 2020 dengan menyokong seorang calon bebas yang tewas kepada BN.
Parti itu kemudian tewas di kesemua 42 kerusi yang ditandinginya pada PRN Johor 2022. Pada PRU15 hujung tahun itu, Pejuang bertanding sebagai sebahagian daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dan gagal memenangi sebarang kerusi.
Pejuang keluar daripada GTA pada Januari 2023. PN menolak permohonan parti itu untuk menyertai gabungan berkenaan pada Mac tahun sama, sebelum meluluskan kemasukannya pada 22 Jun tahun ini.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/image7_135885.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.