Lepas BN menang 5 kerusi DUN, Mas Ermieyati sedia pertahan Masjid Tanah untuk PN
Ahli Parlimen Masjid Tanah yang digantung daripada Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin bersedia mempertahankan kerusinya pada PRU16, termasuk jika berdepan calon daripada parti itu.
Mas Ermieyati memenangi kerusi itu atas tiket Bersatu pada pilihan raya umum 2022.
Pendirian itu dinyatakan selepas BN, menerusi pakatan dengan PN pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, menyapu bersih kelima-lima kerusi DUN dalam Parlimen Masjid Tanah.
Antara kerusi itu ialah Tanjung Bidara, yang disandang Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
“Of course kerusi Masjid Tanah itu saya pertahankan dan saya telah maklumkan kepada ketua pembangkang mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini, merujuk kepada Presiden Parti Wawasan Negara Hamzah Zainudin.
Ditanya sama ada dia bersedia bertanding semula atau menyokong calon lain daripada Wawasan, Mas Ermieyati berkata dia bersedia menerima kedua-dua kemungkinan.
“Saya bersedia pertahankan, dan saya juga bersedia untuk menyokong sesiapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti sekiranya ada keputusan untuk bukan saya bertanding. Tetapi calon Perikatan Nasional.”
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/cb32a92b149d4d58fe597ae7c53afdc5.jpg)
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu turut berharap rekodnya sebagai ahli parlimen diambil kira dalam pemilihan calon.
“Prestasi kerja saya boleh dinilai. Saya harap apa juga keputusan boleh memberikan pertimbangan kepada performance yang telah saya berikan,” katanya.
Mas Ermieyati kini dalam penggal ketiganya sebagai ahli Parlimen Masjid Tanah. Dia memenangi kerusi itu pada PRU13 dan PRU14 sebagai calon Umno di bawah BN, sebelum mempertahankannya pada PRU15 sebagai calon Bersatu di bawah PN dengan majoriti 4,411 undi.
Pada Mac lalu, Bersatu menggantung keahliannya selama enam tahun. Mas Ermieyati ketika itu mengetuai sayap Srikandi Bersatu.
Penggantungan itu berlaku susulan perpecahan dalaman yang menyaksikan beberapa ahli parlimen yang sehaluan dengan Hamzah dipecat atau digantung keahlian. Hamzah mengumumkan penubuhan Wawasan pada Jun.
Cadangan beri keutamaan kepada penyandang
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir baru-baru ini mencadangkan supaya status penyandang dijadikan asas dalam sebarang rundingan kerusi antara PN dan BN bagi PRU16. Mengikut cadangan itu, PN diberi keutamaan di kerusi Parlimen yang dimenanginya, manakala BN diberi keutamaan di kerusi DUN yang dikuasainya.
/file/attachments/orphans/zahid122_721781.jpg)
Masjid Tanah ialah satu daripada tiga kerusi Parlimen yang dimenangi PN di Melaka pada PRU15. Pakatan Harapan (PH) memenangi tiga lagi.
Mas Ermieyati berkata dia menyerahkan soal pembahagian kerusi kepada pucuk pimpinan PN, khususnya Hamzah. Katanya, 19 ahli parlimen sehaluan dengan Hamzah, termasuk 13 yang digantung keahlian oleh Bersatu.
Pada perhimpunan agung tahunan Pejuang di Shah Alam Ahad lalu, Naib Presiden Wawasan Rahim Thamby Chik turut menggesa agar parti-parti dalam PN diberi lebih banyak peluang bertanding di kerusi Parlimen yang tidak disandang BN.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pula berkata semalam bahawa gabungan itu belum merancang untuk meneruskan kerjasama dengan PN pada PRU16, namun terbuka untuk berbincang jika keadaan memerlukan.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/3_742451.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.