Dewan kecoh: 'Ramli speaker, Ramli juga pembahas'
Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor membahaskan Belanjawan 2027 sambil mengekalkan peranan sebagai pengerusi mencetuskan bantahan beberapa ahli parlimen hari ini.
Pertikaian itu berlaku ketika perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan Kementerian Kerja Raya, selepas Ramli menyenaraikan namanya sebagai pembahas pertama.
Ahli parlimen Cameron Highlands itu kemudian meninggalkan kerusi Speaker untuk berbahas dari tempat duduknya sebagai wakil rakyat.
Ronald Kiandee (Bersatu-Beluran) segera mempersoalkan siapa yang mempengerusikan sidang ketika kerusi pengerusi dibiarkan kosong.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-17_851013.jpg)
Ronald berkata kerusi itu perlu diduduki sepanjang persidangan berlangsung dan mencadangkan Ramli meminta seorang lagi ahli parlimen mengambil alih tugas pengerusi sepanjang dia berbahas.
Bagaimanapun, Ramli mempertahankan tindakannya dengan berkata dia sudah meneliti peraturan Dewan dan tidak menemui larangan terhadap langkah itu.
"Yang Berhormat, I’ve gone through the peraturan. There is no peraturan that doesn’t allow me to speak here," katanya sambil merujuk Peraturan Mesyuarat 99 dan 42.
"...kalau Yang Berhormat memikirkan yang peraturan apa yang dilaksanakan ini tidak boleh dibenarkan, saya persilakan Yang Berhormat usulkan di dalam Dewan," tambahnya sebelum meneruskan perbahasan.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-19_255547.jpg)
Dalam ucapannya, Ramli membangkitkan projek jalan raya yang didakwanya ditangguhkan kerajaan. Menurutnya, kebanyakan projek itu terletak di kawasan diwakili BN dan Perikatan Nasional.
Ketika perbahasan berlangsung, seorang lagi Timbalan Speaker, Alice Lau, sempat mengambil alih tugas pengerusi sebelum Ramli kembali mempengerusikan sidang.
Ngeh mahu perbahasan dipadam
Selepas itu, Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) bangun membantah tindakan Ramli sambil meluahkan kekecewaannya yang mendakwa melihat "bagaimana Parlimen dihina dan peraturan, aturcara Parlimen tidak diikut".
Ngeh berhujah meskipun peraturan Dewan Rakyat tidak menyentuh keadaan itu secara khusus, secara tersirat setiap persidangan perlu mempunyai pengerusi yang memastikan perjalanan sidang berlangsung dengan teratur.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/10/c0a70b1d08d8bae01f03f4053af99b55.jpg)
"Saya ingin merakamkan kesedihan saya dan bantahan saya supaya Parlimen ini tidak akan menjadi ejekan dan bahan ketawa, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia," kata wakil rakyat DAP itu.
Dia turut meminta penyertaan Ramli dalam perbahasan berkenaan dipadam daripada Hansard.
Bantahan itu mencetuskan pertikaman lidah apabila Ramli bertanya sama ada Ngeh membawa salinan peraturan Dewan Rakyat atau tidak. Ngeh pula mencabarnya membaca keseluruhan peraturan berkenaan.
Ramli kemudian mengarahkan Ngeh supaya tidak bercakap ketika dia sedang berucap.
Dengan merujuk Peraturan Mesyuarat 99, Ramli mempertahankan tafsirannya terhadap peraturan Dewan dan meminta Ngeh mengemukakan usul jika tidak bersetuju dengan keputusannya.
Dia turut merujuk Peraturan Mesyuarat 99A, yang menetapkan kegagalan mematuhi peraturan dalam perjalanan mesyuarat yang membawa kepada sesuatu keputusan tidak membatalkan perjalanan mesyuarat atau keputusan berkenaan.
"Saya hanya berpindah tempat duduk. I still chair the Dewan. That is very clear and interpretation apa berlaku di dalam Dewan ini tetap masih saya.
"Itu keputusan saya. Kalau Yang Berhormat tidak setuju, Peraturan 43 adalah jelas. You usulkan," kata Ramli.
Ngeh membalas Peraturan Mesyuarat 99 tidak memberikan kuasa kepada Speaker atau timbalannya untuk bertindak sebagai seorang "diktator", sebelum Ramli mengarahkannya duduk.
"Itulah, adakah kita mahu Dewan yang mulia ini menjadi satu dewan di mana seorang diktator memastikan kita duduk atau berbahas," soal Ngeh sebelum duduk.
Ramli kemudian berkata Ngeh bernasib baik kerana mematuhi arahannya dan memberi amaran tindakan akan diambil jika dia ingkar.
Ronald sekali lagi mencelah dengan menegaskan Ramli sepatutnya meminta ahli parlimen lain mempengerusikan sidang sepanjang dia berbahas.
Menurutnya, pertikaian itu boleh dielakkan jika langkah tersebut diambil.
Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) pula menggesa Dewan Rakyat mengeluarkan garis panduan atau petua yang jelas berhubung keadaan sedemikian untuk rujukan pada masa depan.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-18_964506.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.