Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Rancangan bakar al-Quran amat dikesali
Diterbitkan:  Sep 10, 2010 7:43 PM
Dikemaskini: Sep 13, 2010 1:31 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan ekstremis, Paderi Terry Jones dari the Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai amat dikesali.

    

Najib berkata tindakan padri itu merupakan satu keingkaran, tidak bertamadun dan hendaklah dikutuk oleh mereka yang berfikiran rasional.

    

"Ia akan menjadi satu implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa agar presiden Barack Obama dan kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang daripada berlaku," tegas Najib.

    

Najib juga berharap agar padri itu akan menukar fikiran kerana tindakan tersebut akan mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan Muslim di seluruh dunia dan beliau bimbang dengan akibatnya yang sangat buruk.

    

"Jadi saya harap setiap orang akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk menghalang rancangan ini tidak akan berlaku kerana ia hanya menjadikan hubungan antara Muslim dan bukan Muslim ke arah yang sangat merbahaya dalam hubungan yang sepatutnya terus bertambah baik," tambahnya.

    

Beliau juga berharap kenyataannya akan diikuti di seluruh dunia oleh semua pemimpin Muslim.

    

Dalam perkembangan berkaitan, media antarabangsa melaporkan bahawa Jones telah "menggantung" rancangan untuk membakar al-Quran yang pada awalnya beliau akan lakukan sempena ulang tahun kejadian 9/11 pada Sabtu.

- Bernama

ADS