Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kain rentang 'pembohongan Anwar' jadi tumpuan
Diterbitkan:  Sep 16, 2010 3:59 PM
Dikemaskini: Sep 17, 2010 1:53 AM

Beberapa jam sebelum upacara rasmi sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu berlangsung, satu kain rentang yang dipasang berhampiran dan tertulis perkataan "16 September Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Ulang Tahun Pembohongan Anwar Ibrahim ke Putrajaya," menjadi tumpuan ramai.

Pemasangan kain rentang itu menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke tempat bersejarah tersebut kerana tarikh 16 September telah dikaitkan dengan pembohongan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama.

anwar ibrahim pakatan rakyat september 16 annoucement pc 160908 Bagi rakyat negara ini yang mengetahui perkembangan politik tanah air, 16 Sept 2008 akan diingati sebagai tarikh bila Anwar menjanjikan kerajaan baru pimpinannya di Putrajaya.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan sehingga ada yang menganggap 16 September sebagai tarikh pembohongan Anwar.

Setakat ini, tidak diketahui pihak mana yang bertanggungjawab memasang kain rentang tersebut.

Hakikatnya, 16 September merupakan tarikh istimewa dan penuh bermakna untuk negara kerana pada tarikh tersebut, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia diadakan sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan perutusan khas pada majlis itu.

--Bernama

ADS