Amaran serangan virus di laman Malaysiakini
Diterbitkan: Sep 17, 2010 4:17 PM | Dikemas kini: Sep 17, 2010 5:59 PM
Pembaca yang melayari laman sesawang Malaysiakini diberi amaran bahawa halaman itu diserang virus yang boleh merosakkan sesetengah perisian komputer mereka.
Amaran virus itu berpunca daripada ‘banner’ iklan di
Malaysiakini
akibat serangan baru dari aplikasi sumber terbuka yang mengendalikan iklan yang dikenali sebagai "Open X".
Malaysiakini
telahpun melumpuhkan sistem yang dijangkiti itu dan pembaca kini boleh melayari halaman Malaysiakini tanpa jangkitan virus itu.Bagaimanapun, perisian anti-virus di komputer anda mungkin mengambil masa untuk menilai semula halaman berkenaan dan menyahkan amaran virus itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai serangan virus, sila layari pautan ini.
Malaysiakini memohon maaf atas masalah teknikal berkenaan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.