Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mesyuarat agung Cabang PKR Parit Sulong, Johor pagi ini tergendala apabila sekumpulan ahli bertindak memulaukannya.

hasmi hashim pkr keadilan pemuda 180407 talking Mereka bertindak demikian antaranya kerana meragui tindakan mengadakan mesyuarat itu di rumah salah seorang calon yang bertanding untuk jawatan ketua cabang tersebut.

Penyandang jawatan tersebut, Hasmi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, kira-kira 20 orang perwakilan membantah mesyuarat itu diadakan di kediaman timbalan pengerusi tetap cabang itu, Alias Samsir yang turut bertanding jawatan ketua cabang.

Difahamkan, mereka yang memulaukan mesyuarat itu adalah penyokong Hasmi.

Selain itu, katanya, mereka juga tidak puas hati dengan cara notis panggilan mesyuarat, yang didakwa melanggar etika dan perlembagaan parti itu.

Katanya, ia kerana notis tersebut - yang dikeluarkan pihak pusat - sepatutnya ditandatangani oleh setiausaha cabang berkenaan.

Bagaimanapun, Hasmi mendakwa, surat tersebut diedarkan kepada ahli-ahli tanpa terlebih dahulu ditandatangani oleh setiausaha berkenaan.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan pelanggaran etika dan perlembagaan parti. Sekiranya kita hadir seolah-olah kita bersetuju dengan tindakan itu," katanya.

Hasmi berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan beberapa anggota jawatankuasa pemilihan pusat.

Katanya, Dr Chua memberitahunya bahawa akan memanjangkan bantahan tersebut kepada jawatankuasa pemilihan pusat.

ADS