Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kecoh, pemilihan 7 cabang PKR ditangguh
Diterbitkan:  Sep 26, 2010 8:00 PM
Dikemaskini: Sep 27, 2010 2:41 AM

Dalam perkembangan terkini dalam pemilihan secara langsung PKR, kekecohan tercetus di beberapa cabang parti itu yang mengadakan mesyuarat agung serta pemilihan hari ini.

Berikutan itu, proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa ditangguhkan.

Ada laporan yang belum disahkan mengenai pertengkaran berlaku di Kota Raja di mana ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mempertahankan jawatannya.

Manakala proses pemilihan di Subang Jaya Selatan dan Kapar ditunda kerana pelbagai alasan.

Di Kota Raja, Jayakumar mendakwa semuanya berjalan lancar sehinggalah seorang lagi calon membawa penyokongnya yang mengganggu proses pengiraan, sehingga berlaku pergaduhan dengan penyokong kumpulan lain.

Laporan polis turut dibuat manakala peti undi dihantar ke ibupejabat PKR untuk kiraan semula.

Beberapa ahli cabang cedera dan dihantar kehospital. Jayakumar sendiri dikatakan menerima ancaman fizikal.

Kekecohan juga dilaporkan berlaku di Subang di mana R Sivarasa bertanding.

Ahli parlimen Subang itu dikatakan tidak senang dengan masalah teknikal dalam proses yang telah menyebabkan berlaku kelewatan, dan dilaporkan telah membuat bantahan.

Di Kapar pula, penangguhan mesyuarat agungnya, yang dikatakan disebabkan oleh jumlah kehadiran ahli yang terlalu ramai, telah mencetuskan ketegangan.

Di Klang, rasa tidak puashati dengan keputusan pengundian telah memaksa proses pemilihan ditangguhkan.

Ketegangan berhubung keputusan pegawai peilihan mengakibatkan berlaku pergelutan berhubung kotak undi dan kerosakan harta benda.

Di Kuala Langat,terdapat laporan mengenai berlakunya kekecohan membabitkan perebutan kotak undi dan gangguan ketika pemilihan.

[Baca berita penuh]

ADS