Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'MSC sudah jadi hantu raya pada BN'
Diterbitkan:  Sep 28, 2010 1:50 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

PAS berpendapat kecanggihan teknologi internet yang dibawa Koridor Super Multimedia (MSC) seolah-olah sudah menjadi "hantu raya" kepada kerajaan BN apabila parti itu kini didakwa fobia pada pelbagai perkara.

idris ahmad pas information chief "Sekarang program yang diuar-uarkan oleh kerajaan BN seperti MSC sudah menjadi hantu raya kepada kerajaan BN, kerana apa sahaja dakyah melalui media perdana dengan pantas dijawab oleh media internet," kata ketua penerangannya Idris Ahmad ( kiri ).

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 23 September lalu supaya orang ramai jangan terpengaruh dengan 'dakyah' terbaru pembangkang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran CD dan memuat naik bahan itu ke laman Youtube.

Setiausaha Agung Umno itu dilaporkan berkata, CD bertajuk Malaysian4Change itu antaranya mengandungi pelbagai dakwaan mengatakan kerajaan bersikap tidak adil kepada rakyat negara ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris menganggap kenyataan itu sebagai "kenyatan yang ketinggalan zaman" dan menggambarkan seolah-olah rakyat pada hari ini hidup di zaman batu.

poison pen and newspaper media Beliau juga berkata, sudah "menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang maklumat yang benar sampai kepada rakyat".

"Kerajaan BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat sebelah," kata Idris lagi.

"Kerajaan BN sekarang mengalami serangan penyakit fobia kartun , fobia ceramah, fobia kuliah, fobia risalah, fobia Youtube. Mereka merasa gusar apa sahaja strategi yang dibuat tidak menjadi untuk menjerat rakyat supaya menyokong mereka."

Menurut Idris juga, kini terdapat persepsi negatif terhadap media arus perdana sehingga "berita benar pun rakyat kata tipu".

ADS