Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tuntut Suruhanjaya Diraja, jika berani, cabar PAS

Bekas pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli sepatutnya menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja berhubung kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh sayrikat pesawat negara itu, jika beliau tiada apa untuk disembunyikan, kata naib presiden PAS,  Salahuddin Ayub.

tajudin ramli mas 070910 "Jika beliau berpendapat bahawa dakwaan ke atasnya berhubung kerugian itu yang dipersalahkan ke atas adalah tidak benar dan beliau tidak terlibat, saya cabarnya membuat kenyataan rasmi menuntut Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan namanya.”

Salahuddin sehubungan itu, menggesa pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad membuka kertas siasatan berhubung kes itu.

Salahuddin yang juga mengganggotai jawatankuasa khas SPRM itu berikutan tindakan SPRM merujuk aduan eksklusif MAS kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK), Bukit Aman.

Beliua juga mahu pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid supaya membuka kertas siasatan di bawah kuasa parlimen berhubung skandal MAS itu.

Salahuddin berkata Suruhanjaya Diraja diperlukan dalam kes ini kerana ia membabitkan tiga organisasi berprofail tinggi - Jabatan Penyiasatan Jenayah Perdagangan polis (CCID), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MAS.

[Baca berita penuh]

ADS