Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hentikan mempolitikkan bangsa dan agama kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan pelabur, kata ahli bank veteran negara, Tan Sri Azman Hashim.

azman hashim Tanpa menyebut nama, pengerusi Ambank itu berkata menjadi ‘fenomena Malaysia’ bagi sesetengah pihak membuat keputusan ‘bukan berdasarkan impak kepada rakyat tetapi kerana kepentingan politik.”

"Soalan pertama pelabur asing akan bertanya kepada saya adalah ‘Bagaimana pandangan ekonomi negara anda?’

"Kemudian (mereka bertanya) 'Apa prospek kestabilan politik dan mampukah keharmonian kaum serta agam dipertahankan?’

"Sindiran perkauman dan agama muncul khususnya di internet...buat masa sekarang semua berfikiran waras tetapi berapa lama ini boleh bertahan?” soalnya.

NONE Selain mempolitikkan bangsa dan agama, Azman berkata cabaran kritikal terhadap Wawasan 2020 adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah akibat “polisi yang kerap-kali ditukar” dan “kos tinggi rasuah”.

Ucapan Azman selaku pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana pada forum CEO yang dianjurkan oleh yayasan itu menarik minat 400 peserta dari industri berkenaan.

Beliau memilih membuat bidasan itu memandangkan perdebatan hangat berhubung isu bangsa dan agama di kalangan parti-parti politik dan NGO berasakan kaum di negara ini, sejaka kebelakangan ini.

Bulan lalu, DAP diasak oleh Umno dan kumpulan berhaluan kanan Melayu, PERKASA berhubung isu Bumiputera dan Islam.

tony pua teo nie ching Ahli parlimen parti itu yang mewakili Serdang, Teo Nie Ching ( kanan ) pula ‘terkena bahang’ apabila melawat sebuah surau manakala rakannya di Petaling Jaya Utara Tony Pua ( kiri ) menghadapi masalah kerana memberi cadangan supaya diskaun bumiputera membeli hartanah mewah dimansuhkan.

Kedua-dua akan memberi kenyataan mereka kepada polis minggu ini.

lim guan eng slaughters cow 310810 lim guang eng nizar jamaluddin Di Pulau Pinang, ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas kerana seorang imam menyebut namanya dalam khutbah Jumaat dan gambarnya diubah bagi menunjukkan beliau menyembelih seekor lembu.

Di satu pihak lain, PERKASA menjuarai mempertahankan hak Melayu dengan mengenakan tekanan ke atas kerajaan supaya kuota bumiputera tidak dihapuskan.

Bercakap mengenai keperluan meritrokrasi, penceramah kedua CEO Maybank Investment CEO Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata beliau terpaksa menggajikan beberapa remisiers dalam usaha memenuhi kuota.

[Baca berita penuh]

ADS