Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kekecohan sekali lagi tercetus di kampung baru Rawang apabila pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) cuba memulakan kerja-kerja pembinaan kabel bervoltan tinggi di kawasan berkenaan.

NONE Lebih 12 pekerja TNB yang diiringi oleh kira-kira 50 polis tiba tanpa sebarang pengumuman dan memulakan kerja-kerja pada jam 9 pagi.

Menurut beberapa saksi, pekerja TNB cuba menimbus kawasan berlopak di tapak berkenaan bagi memudahkan jentera berat ke kawasan itu.

Namun puluhan penduduk yang mengetahui perkembangan itu cuba menghalang mereka dan pertelingkahan kecil berlaku.

Seorang pekerja TNB terjatuh ke dalam longkang dalam pergelutan itu yang kemudiannya menyaksikan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak.

NONE Kejadian itu memaksa pihak berkuasa menahan tiga individu. Mereka adalah seorang penduduk kampung dan dua pembantu kepada ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Beberapa saksi mendakwa kejadian yang menimpa pekerja TNB itu tidak ada kaitan dengan ketiga-tiga individu yang ditahan itu.

Penduduk sebelum ini melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir  pembinaan menara berkenaan sekali gus juga akan menyebabkan kampung itu terbahagi dua.

Mereka membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

NONE Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

[Baca berita penuh]

[Galeri gambar]

ADS