Hadi, Khaled beri bayangan kerjasama BN-PN diteruskan hingga PRU16
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, memberi bayangan bahawa kerjasama antara PN dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diperluaskan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16.
Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin turut menyifatkan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu di Melaka sebagai formula baru untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kedua-dua pemimpin itu membuat kenyataan berasingan pada hari penamaan calon bagi PRN Melaka hari ini.
Menurut laporan The Star, Abdul Hadi berkata kedua-dua pihak komited untuk menyelaraskan jentera pilihan raya masing-masing.
"Apa yang penting ialah kerjasama kita membawa kemenangan. Kita boleh menyelesaikan semua masalah menerusi kerjasama, manakala pembahagian jentera antara kedua-dua pihak boleh dilaksanakan secara teratur.
“Insya-Allah, kerjasama itu akan berterusan. Kita jangka keadaan akan menjadi lebih baik selepas memperoleh pengalaman di Johor, Negeri Sembilan dan kini, buat kali ketiga, di Melaka," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon Bukit Katil.
/file/attachments/orphans/AbdulHadiAwang1_317199.jpg)
Abdul Hadi turut memberi bayangan bahawa kerjasama tersebut boleh diperluaskan ke peringkat Persekutuan, selain Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PAS.
"Insya-Allah, akan ada kerjasama," katanya seperti dipetik.
Formula hadapi PRU akan datang
Secara berasingan, Khaled berkata kerjasama antara Umno dan PAS dilihat berpotensi menjadi formula politik baru kedua-dua parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya usaha membentuk perpaduan lebih besar itu berjaya.
Menurut laporan MalaysiaGazette, Menteri Pertahanan itu berkata kerjasama berkenaan bukan sahaja bertujuan mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya, malah membawa matlamat lebih besar untuk membentuk perpaduan orang Melayu.
“Dan jika ini berjaya, sangat penting Umno tercari-cari formula, Pas pun tercari-cari formula untuk berhadapan pilihan raya umum.
“Kalau ini kita berjaya, inilah formula yang kita akan pakai apabila kita berhadapan dengan pilihan raya umum,” katanya.
/file/attachments/orphans/pauv1d2d_752198.jpg)
Khaled berkata demikian sebelum mengiringi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Rais Yasin, ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Akademi Latihan Rela Malaysia (Alarm) Sungai Udang.
Turut hadir Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Shamsul Anuar Nasarah dan Azian Osman; serta anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Khaled berkata kerjasama antara kedua-dua parti utama Melayu itu sepatutnya terjalin lebih awal, merujuk kepada usaha mereka membentuk kerjasama politik lima tahun lalu.
“Sepatutnya dah lama dah tapi tak jadi lima tahun lepas. Jadi kali inilah kita kena pastikan kerjasama itu dapat dilakukan,” katanya.
Dia berkata Umno akan menyokong calon PAS di Paya Rumput, sebagaimana pemimpin PAS memberikan sokongan kepada calon BN, Rais, di Sungai Udang.
Khaled dalam pada itu turut berharap BN dan PN memenangi kesemua empat kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Tangga Batu.
Kementerian Export Unta soon......
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/08/e0ffe8939ef86f7e1f8ab0086e02728b.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.