Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Panggil semula Gen2, Satria Neo - impak minimum
Diterbitkan:  Oct 8, 2010 4:27 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Proton Holdings hanya mengalami impak minimum berikutan panggilan semula kereta Gen2 dan Satria Neo, kata MIDF Research hari ini.

"Kami menjangkakan menerima reaksi negatif akibat panggilan itu, namun penyusutan harga saham Proton mungkin menyediakan peluang untuk membeli saham-saham pada paras rendah," katanya dalam nota kajiannya hari ini.

proton satria neo MIDF bagaimanapun berkata ia mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.80.

Semalam, pembuat kereta nasional itu membuat panggilan semula sukarela Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan kerosakan "clock spring" yang boleh menjejaskan keselamatan.

Panggilan semula sukarela itu, yang menjadi sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global, melibatkan 15,911 (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun.

Komponen "clock spring" menghubungkan suis dengan beg udara ke radio, hon dan kawalan "cruise".

OSK Research berkata saham Proton dijangkakan menyaksikan reaksi negatif sementara hari ini memandangkan tanggapan kualiti yang dipertingkat, akan dinilai semula oleh pelabur berpotensi.

"Ini akan memberi tekanan ke atas jualan Proton sehingga lebih banyak penjelasan dan statistik diberikan dan bagaimana kes itu muncul," katanya dalam nota penyelidikan.

Ia juga mengekalkan saranan "beli" ke atas saham Proton, dengan harga sasaran RM5.67.

proton gen 2 sedan 270707 front "Tekanan menurun hari ini akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul ketika kami terus mengekalkan unjuran positif ke atas Proton," katanya.

OSK bekata Proton tidak memperlihatkan sebarang impak ketika panggilan terakhir membabitkan 34,000 kereta Proton Savvy berikutan kemungkinan masalah galas roda yang boleh menyebabkan air memasuki tayar, pada April 2008.

Meskipun begitu, perolehan tidak terjejas memandangkan jualan Proton kekal berdaya tahan kerana Savvy bukan penyumbang utama kepada jumlah jualan berikutan jumlahnya yang kecil.

Ia berkata harga saham Proton tidak terjejas semasa panggilan semula itu berdasarkan potensi pendapatan daripada pelancaran baharu Proton Saga ketika itu.

- Bernama

ADS