Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tindakan hina mahkamah ke atas pembantu Anwar
Diterbitkan:  Oct 14, 2010 1:01 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Satu notis bagi tindakan menghina mahkamah dijangka akan difaikan oleh pasukan peguam  pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dua pembantu ketua pembangkang itu - Rahimi Osman dan Rasid Rosli.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01 Peguam Sankara Nair berkata buat masa ini, pihak mereka akan mengkaji dan mengumpul maklumat berhubung apa yang dilaporkan di media.

"Tidak salah jika mereka membuat laporan polis, tetapi mereka tidak sepatut memberi komen,” kata Sankara.

"Ini adalah subjudis. Kita akan kaji apa yang diperkatakan kepada media dan akan memfailkan notis minggu depan,” katanya.

Rahimi dan Rasid masing-masing membuat laporan polis mendakwa peguam Anwar memaksa mereka menandatangani akuan bersumpah yang dicurigai kandungannya berhubung dakwaan Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat.

Kedua-dua mereka juga mengeluarkan kenyataan akhbar kepada pihak media.

[Berita penuh menyusul]

ADS