Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 200 anggota Pemuda PAS dan aktivis kumpulan mahasiswa Islam malam ini antara yang hadir ke konsert artis 'gay' Amerika Syarikat Adam Lambert.

Bagaimanapun, kehadiran mereka bukan untuk berpesta, sebaliknya bagi menyatakan bantahan terhadap artis tersebut, antaranya dengan mengoyak dan memijak poster artis American Idol itu.

141010 pas student protest gay adam lambert concert 4 banner Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.

Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaam.

Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert".

141010 pas student protest gay adam lambert concert 2 fru Kehadiran mereka disambut kira-kira 30 anggota FRU yang mengawal sekitar pintu masuk bagi mengelakkan kumpulan tersebut menyerbu ke dalam stadium.

Bagaimanapun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku apabila mereka mematuhi arahan polis yang tidak membenarkan sebarang poster dan kain rentang dipamerkan terlalu hampir dengan stadium berkenaan.

Sementara itu, sebelum memijak poster Lambert, Nasrudin sempat berucap ringkas menggunakan alat pembesar suara.

141010 pas student protest gay adam lambert concert 2 fru Katanya, mereka menentang program tersebut kerana ia menentang norma ketimuran, ajaran agama, "lucah, tidak bertamadun dan tidak sesuai dengan naluri manusia".

Bagaimanapun, kumpulan mahasiswa dipimpin Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Abdul Razak Osman tetap berkumpul di perkarangan stadium berkenaan walaupun anggota PAS telah beredar.

Mereka bahkan menghantar lima wakil bagi meninjau di dalam stadium.

141010 pas student protest gay adam lambert concert Kita-kira jam 9.45 malam tadi, kira-kira sejam selepas itu, Abdul Razak yang turut masuk ke dalam stadium keluar dan memberitahu media bahawa daripada aspek pakaian, Adam Lambert didapati "OK".

Bagaimanapun, menurutnya, penari yang mengiringinya agak seksi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata  perhimpunan itu disuraikan kira-kira 10 malam dan tiada sesiapa yang ditahan.   

NONE "Perhimpunan terbabit tidak mendapat sebarang permit namun kita tidak menahan sesiapa berikutan ia dijalankan secara aman dan tiada kekacauan timbul serta mereka patuh apabila diarahkan bersurai," katanya kepada pemberita di kawasan perhimpunan.

Kira-kira 120 anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan berkawal di hadapan dan sekitar stadium.

Perhimpunan tersebut turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan beberapa badan bukan kerajaan.

ADS