Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BN perlu mengenal-pasti mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.

NONE Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.

“Kali terakhir, mendiang Edmund (Chong) berada di sana sebagai calon juga, tetapi kita mesti kenal-pasti apa sebab mereka berbuat demikian,” katanya hari ini di sebuah majlis Tabika Kemas di Kg Gas, Batu Sapi.

Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon.

Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan.

NONE Shafie, yang juga adalah ahli parlimen Semporna dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mengakui tidak mudah memuaskan hati semua pihak tetyapi pada masa yang sama agak luar biasa bagi mereka memprotes.

“Mungkin ada rungutan di kalangan akar umbi, ia perkara lazim dalam politik. Kita tidak akan dapat (sokongan) 100 peratus tetapi kita mesti selesaikannya.

“... Saya yakin kita ada sokongan. Konsep perkongsian kuasa BN telah diamalkan dengan baik di Sabah, tidak seharusnya ada masalah.”

Beliau juga melahirkan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kerusi berkenaan.

Linda Tsen batu sapi candidate hands up Semalam, balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura.

Pilihan raya kecil itu, diadakan berikutan kematian Chong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.

Chong memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing. Edward memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.

Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).

ADS