Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: Hab hiburan perlu di tempat khusus
Diterbitkan:  Oct 27, 2010 4:16 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus.

NONE "(Dalam) soal agama, Wira Perkasa tak kompromi dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

"Sebab itu lebih baik disediakan hub untuk operasi bagi memenuhi minta 'mereka' yang sebegitu di suatu tempat yang khusus," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah ( kiri ).

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

NONE Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Dalam satu kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Azman Azha berkata, tindakan itu dapat memudahkan pemantauannya daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana menurutnya pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.

Dalam perkembangan berkaitan, pelbagai NGO Islam mula menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan itu, termasuklah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM).

ADS