Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hilang layak undi awam' teramai di negeri Pakatan
Diterbitkan:  Nov 2, 2010 4:42 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

NONE "Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri  yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mengikut  kebiasaannya, tegas beliau,  apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi  awam.

"Bilangan 18,493 undi “hilang layak undi awam”  adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan  itu baru diwujudkan dalam rang daftar pengundi bagi suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang.

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli.  Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 01 Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos  secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit.

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu.

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab,"  katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai  bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.

malaysia general election vote ballot parties Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti  kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan.

"Contohnya  di  negeri Kedah bagi  DUN N24 Jeneri,  YB Yahya Abdullah (Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi  “hilang layak undi awam”  yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang.  

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang.  Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi.

"Undi daripada pengundi “hilang layak undi awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.

hulu selangor by-election voting day 250410 voting Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam  pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari

bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang.

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos.  Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.

"Kewujudan pengundi “hilang layak undi awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos.

hulu selangor by-election voting day 250410 voting 03 "Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos  yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya?  

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan  yang berbangkit berhubung dengan  kumpulan pengundi “hilang layak undi awam”.

ADS