Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kewibawaan jawatankuasa pemilihan PKR teruji lagi apabila berdepan dakwaan terbaru berlaku manipulasi melibatkan penjualan kertas undi kepada calon tertentu.

Bagaimanapun, menjawab dakwaan seorang penulis blog terkenal Haris Ibrahim dalam blognya kelmarin, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dengan tegas menafikannya.

pkr election pc 071110 saifuddin wan azizah syed husin "Itu tuduhan jahat Haris. (Dakwaan itu) tak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Dalam tulisan di blog berjudul 'PKR, and its ballot papers, up for sale' (PKR, dan kertas undinya, untuk dijual), Haris mendakwa telah menemui seorang lelaki yang mempunyai bukti salah laku itu.

Dakwa Haris, dia diberitahu, pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menambah kertas undi bagi memanipulasi keputusan.

Haris juga mendakwa, selepas ditanya, lelaki berkenaan menuduh calon timbalan presiden Azmin Ali, sekretariat ibu pejabat PKR dan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) terlibat.

Haris - seorang pengamal undang-undang - juga memuatkan gambar kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki itu dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi lain.

Sidang media tergempar

Sementara itu, bagi menjawab tuduhan itu, Saifuddin mengadakan sidang media tergempar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Hadir bersama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Dr Syed Husin Ali, Saifuddin menjelaskan mekanisme dan sistem pemilihan yang diperkenalkan PKR itu sukar untuk dimanipulasi ekoran beberapa kawasalan keselamatannya seperti berikut:

  • Kertas undi yang dikeluarkan mempunyai nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.
  • Kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan dianggap tidak sah.
  • Setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan.
  • Sebelum diserahkan kepada ibu pejabat, kertas keputusan akan ditandatangan oleh pengawas pemilihan dan wakil calon.
"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas undi ini digunakan semula," katanya.

NONE "Dengan tohmahan tersebut, ia tidak akan sama sekali menjejaskan perjalanan pemilihan parti. Dan kita tidak akan hentikan pemilihan ini."

Bagaimanapun, menurut Saifuddin, PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada penulis blog.

Sementara itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang pagi ini ketika dihubungi Malaysiakini , turut mengulas laporan mengenai seorang ketua cabang di Sabah yang "membuat kacau" sewaktu pemilihan parti di cabang Kudat semalam.

Saifuddin menjelaskan setakat ini, beliau belum menerima laporan lengkap daripada pengawas tentang perkara insiden tersebut.

"Saya belum menerima laporan lengkap mengenai perkara tersebut," katanya.

ADS