Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid
Diterbitkan:  Nov 15, 2010 7:53 PM
Dikemaskini: 11:57 AM

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.

azlan Husam yang juga ADUN  Salor berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti...dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya selepas ditemuramah Bernama menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur.

Zaid yang juga bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu.

"Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.

Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.

NONE Mengulas mengenai kekalahan PAS di tangan Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas 4 November lalu, Husam yang memegang exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan berkata parti itu menerima kekalahan itu dengan hati terbuka namun PAS memberi perhatian khusus kepada BN selepas ini.

"BN nampak gembira dengan kejayaan ini, namun yang lebih penting cara BN menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang, itu yang lebih kita (PAS) bimbangkan," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, calon Pas Dr Zulkefli Mohamad tewas kepada calon BN, Abdul Aziz Yusoff dengan majoriti 1,190 undi.

 - Bernama

ADS