Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Konvensyen BN janjikan kejutan
Diterbitkan:  Nov 19, 2010 11:45 AM
Dikemaskini: 6:18 AM

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, parti itu menjanjikan beberapa kejutan dalam konvensyennya pada 28 November.

Ketika ditanya, beliau bagaimanapun enggan menyatakan sama ada kejutan itu melibatkan pindaan perlembagaan parti berkenaan.

"Macam-macam akan berlaku, jadi kita akan buat kejutan kepada semua.

"Kalau kita beritahu sekarang, dah tak mengejutkan lagi," katanya dalam sidang media di Wisma MCA hari ini.

Katanya lagi, seramai tiga orang pemimpin daripada setiap parti komponennya akan berucap di konvensyen yang akan diadakan di Dewan San Choon itu.

Tambahnya, satu piagam dijangka akan dibentuk oleh seramai 2,100 perwakilan yang hadir.

Piagam itu juga dijangka akan dipersembahkan kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak selepas penggulungan sidang berkenaan.

Ditanya lanjut, Tengku Adnan sekadar berkata, kejutan berkenaan melibatkan "perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan BN supaya seiring dengan masa dan untuk maju ke hadapan."

Media sebelum ini melaporkan , pindaan perlembagaan itu bagi memberi lebih kuasa kepada presiden untuk menentukan pengagihan kerusi dalam pilihan raya.

Pindaan berkenaan juga sebelum ini dijangka melibatkan keahlian pertubuhan-pertubuhan yang mesra dengan BN, seperti dilaporkan.

Turut hadir di sidang media itu Setiausaha Kerja BN Datuk Abu Khamis, Setiausaha Agung GERAKAN Teng Chang Yeow serta ahli majlis tertinggi MCA Loh Seng Kok.

ADS