Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pembangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.

Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini.

Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

rosmah mansor Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian.

Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.

Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.

Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan.

[Baca berita penuh]

ADS