Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar dijangka digantung tanpa peluang bela diri

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai akan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung pendedahan beliau bahawa kerajaan Umno-BN mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

NONE Pada sidang akhbar petang ini, ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen bersidang hari ini tanpa agenda khusus.

Katanya, pada mesyuarat itu sepucuk surat dari APCO, bertarikh 19 Ogos dikemukakan.

"Tiba-tiba ahli parlimen Muar, MP Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh ahli parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya.

"Turut hadir adalah ahli parlimen (Subang Jaya) R Sivarasa dan kami membuat protes. Saya persoalkan mengapa tergesa-gesa dan jawapan Razali adalah mengapa tidak?” katanya.

azlan Berikutan itu, Karpal berkata beliau dan Sivarasa meninggalkan mesyuarat berkenaan.

"Mesyuarat itu berlangsung tanpa kehadiran kami sebagai tanda protes,” katanya.

Menurut Karpal dan Sivarasa, mereka tidak tahu perkembangan mesyuarat berkenaan.

Sivarasa berkata mereka akan menunggu keputusan mesyuarat itu sebelum bertindak.

Tindakan melampau

Anwar yang turut hadir pada sidang akhbar ini berkata tindakan itu sesuatu yang melampau, memeranjatkan dan tidak seharusnya dibiarkan berterusan.

"Apabila saya dirujuk ke jawatankuasa itu, Speaker berjanji perbicaraan adil dengan segala dokumen dibenatngkan dan saya akan dibenarkan membela diri dengan fakta-fakta,” katanya.

NONE "Namun, sekarang, ini tidak dilakukan. Ini adalah ketidak-adilan dan satu titik hitam dalam sejarah parlimen kita dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen,” katanya.

Jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipertanggungjawa membincangkan isu 1Malaysia dan 1Israel itu merangkumi Speaker, Tan Sri  Pandikar Amin Mulia, timbalannya, Datuk Ronald Kiandee dan Karpal Singh.

Ahli lain adalah Sivarasa, Nancy Shukri, Fong dan Razali.

"Ini mengesahkan tuduhan saya selama ini bahawa APCO itu begitu berkuasa. Satu surat dia boleh batalkan keterangan saya dan semua dokumen yang akan saya kemukakan.

NONE “Saya siapkan bersama Puan Ambiga dan kakitangan semua dokumen termasuk perjanjian Apco dengan Myteams, 4 Ogos 2009. Saya siapkan beberapa dokumen lain untuk dibentangkan dan beberapa keputusan yang penting tentang kedudukan syarikat berkenaan. Tapi jawatankuasa parlimen menafikan hak saya sebagai ahli parlimen yang tertuduh.

Menghina parlimen

"Saya bukan sahaja kesal tetapi membantah cara yang sedemikian menghina parlimen dan mengaibkan kedudukan dan kemulian parlimen," kata Anwar.

Sebelum ini desas-desus bertiup kencang bahawa Anwar akan digantung selama enam bulan selepas beliau mendakwa tindakan Apco dalam mengubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis.

NONE Pada ucapan di Dewan Rakyat, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

Sesi parlimen baru dijadual bermula pada 7 Mac tahun depan.

ADS