Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3
Diterbitkan:  Dec 15, 2010 2:48 PM
Dikemaskini: Dec 16, 2010 1:42 AM

Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07 Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

NONE Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi  notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka  didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

NONE Kedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

NONE Tindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.

ADS