Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bulan Mac ini ketika cuti persekolahan.

"Buat masa ini, kita tidak mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum.

NONE "Pilihan raya kecil Tenang bakal menjelang dan pilihan raya negeri Sarawak dijadualkan sebelum Julai, dua-dua ini kita bersedia,” kata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pilihan raya umum pada Mac ini meskipin ramai penganalisis berpendapat ia akan diadakan seawal-awalnya akhir tahun ini. Ini kerana Najib dikatakan mahu melihat beberapa projek ekonominya mendatangkan hasil terlebih dahulu.

"Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pilihan raya umum mesti diadakan setiap lima tahun.

"Kali terakhir, pilihan raya umum diadakan pada Mac 2008 dan pilihan raya seterusnya tidak perlu diadakan sebelum April 2013,” kata Abdul Aziz.

"Tidak terdapat tanda-tanda yang pilihan raya umum akan diadakan... mengapa kita mesti buat spekulasi. Ini bukan sesuatu yang kita buat suka-suka,” katanya.

NONE Abdul Aziz berkata SPR juga belum diberikan dana untuk pilihan raya umum dan jika ia diadakan tahun ini, mereka perlu mengganda usaha mereka.

"Kita perlukan banyak wang, tenaga kerja dan perancangan yang memakan masa berbulan,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, 80 peratus daripada tenaga kerja SPR adalah pekerja separuh masa yang membantu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum.

[Baca berita penuh]

ADS