Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Serdang terima 'ugutan bunuh'
Diterbitkan:  Jan 19, 2011 11:54 AM
Dikemaskini: 7:59 AM

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.

NONE Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.

“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.

Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera ‘Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad’, “ katanya.

Chen tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak yang bertanggungjawab tetapi berkata akan membiarkan polis menjalankan siasatan, tetapi berkata mereka akan meminta pihak berkuasa meningkat kawalan keselamatan.

NONE “Jadual Teo  tidak akan terjejas dan beliau akan menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa,” katanya.

Teo membuat laporan pada ibu pejabat polis daerah Kajang pada jam 11.45 pagi ini.

Dalam laporan polisnya, Teo berkata rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi daripada sebuah kedai bersebelahan pejabatnya menunjukkan dua lelaki tidak dikenali yang menggantung ayam dan poster itu.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 1.56 pagi ini.

Menurut laporan itu lagi, seorang daripada suspek memakai topi dan mereka turut mengambil “gambar-gambar perbuatan mereka itu.”

NONE Teo ( berbaju putih ) sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh beberpa pihak  yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak bertudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo ekali lagi dituduh berpakaian tidak sesuai ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

ADS