Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kajian landasan keretapi Pantai Timur siap Mac
Diterbitkan:  Jan 19, 2011 1:39 PM
Dikemaskini: 5:48 AM

Kajian mengenai pembinaan landasan baru keretapi dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dijangka siap pada Mac ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan.

NONE "Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan.

Abdul Rahim berkata, laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif, sekali gus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

- Bernama

ADS