Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat belum berniat untuk menganjurkan demonstrasi bagi menuntut kerajaan pusat mengembalikan kuasa lantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri kepada menteri besar Selangor.

"Tetapi nampak kita nak bawak ke situ kita tiada hasrat, pasal kita hormat konsep federalisme, "katanya ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, Pakatan mengambil pendekatan sewajarnya terlebih dahulu dengan mengajak pemimpin BN hadir ke persidangan khas DUN negeri pada 24 Januari ini kerana tidak mahu dilabelkan sebagai antiinstitusi raja.

NONE "Pakatan termasuk DAP bukan antiinstitusi raja Melayu. Kita tak ambil kesempatan melobi, beri imbuhan dan tak guna kuasa untuk pusatkan lantikan kepada menteri besar," katanya kepada wartawan di pejabatnya Shah Alam, pagi tadi.

Isnin ini, dewan akan membincangkan cadangan pindaan dalam Perkara 52, Bahagian Kedua, Undang-undang  Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:

"Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang negeri dan pegawai kewangan negeri.

"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat menteri besar dan boleh sekali  merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

azlan Menurut Khalid, kalau dahulu hanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diberi kuasa lantikan, kali ini biarlah menteri besar sendiri melantiknya dengan perkenan Sultan.

"Ingin saya tekankan, persidangan dewan khas ini kita bukan nak rombak, tukar dan beri kuasa sepenuhnya pada menteri besar," tegasnya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, kesemua ADUN BN digesa hadir ke sidang DUN tergempar Isnin ini sebagai tanda hormat dan taat setia kepada Sultan Selangor.

Angggota biro politik PAS itu berkata, kehadiran mereka adalah wajib kerana sidang itu telah diperkenan oleh Sultan Selangor.

"Saya menyeru semua ADUN BN supaya tidak memboikot sidang DUN ini dan saya seru mereka meyokong usaha mengembalikan kuasa sultan ini," katanya.

ADS