Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Johor: Tak benar Azahar enggan jadi calon
Diterbitkan:  Jan 25, 2011 4:32 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menafikan dakwaan kononnya Mohd Azahar Ibrahim enggan menjadi calon BN  bagi pilihan raya kecil untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Tenang.

NONE "Dia komited untuk menjadi calon kita dan memenangi pilihan raya ini demi meneruskan pembangunan di DUN Tenang," katanya ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Mohd Azahar, 39, tidak bersungguh-sungguh dalam kempennya kerana beliau dikatakan keberatan untuk menjadi calon.

Abdul Ghani, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Tenang itu, berkata Mohd Azahar menerima pemilihan beliau sebagai calon cuma bekas Penolong Pegawai Daerah Labis itu agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai pemilihannya sehari sebelum pengumuman namanya dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu.

NONE Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar berdepan calon PAS, Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis.

Pengundian ialah pada Ahad ini.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula mahu pasukan pemantau menyiasat dakwaan kononnya ada beberapa pelajar institusi pengajian tinggi dipercayai bekerja untuk PAS berkempen memburuk-burukkan nama BN dan Umno.

"Menggunakan pelajar untuk aktiviti kempen ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan kita mahu ianya dihentikan," katanya.

- Bernama

ADS