Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
30 ahli PAS sertai Umno, 200 masuk Gerakan
Diterbitkan:  Feb 9, 2011 4:27 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Sebanyak 200 bekas ahli KR Bahagian Ipoh Barat dan Tambun hari ini menyertai Gerakan.

Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di Ipoh.

Chang berkata kemasukan mereka ke dalam parti itu bukan atas inisiatif Gerakan atau mana-mana pemimpinnya sebaliknya dilakukan bekas ahli PKR itu dengan rela hati tanpa paksaan atau desakan.

NONE Sehubungan itu beliau mengingatkan Pakatan Rakyat sypaya jangan menyalahkan BN  apabila ahlinya keluar parti dan menyokong mereka tetapi sebaliknya perlu mengkaji kelemahan sendiri kenapa semakin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.

Subramaniam yang menyertai PKR sejak 2005 dan menjadi Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat selama tiga tahun sebelum keluar parti pada Mac tahun lepas berkata, mereka membuat keputusan menyertai Gerakan kerana kecewa dengan PKR.

Janji kosong

Mereka dakwa PKR gagal menjaga kebajikan ahli, menaburkan janji kosong, mengamalkan politik kronisme dan hanya berjuang untuk satu matlamat saja iaitu mahu memastikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri.

anwar keadilan network launch 230111 "Oleh kerana itu, kami membuat keputusan menyertai Gerakan kerana konsepnya berbilang kaum dan pemimpinnya merendah diri, sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat selain percaya hanya BN yang mampu menunaikan  janji," katanya.

Beliau berkata, semua mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada kira-kira 500 ahli PKR Ipoh Barat yang mengumumkan keluar parti pada Mac tahun lalu dengan baki kira-kira 300 bekas ahli membuat keputusan tidak mahu lagi bergelumang dalam politik dan mempercayai ahli politik selepas kekecewaan dan kesengsaraan yang dilalui sepanjang berada dalam PKR.

Subramaniam berkata, beliau bagaimanapun akan cuba memujuk mereka untuk kembali berpolitik dengan menyertai mana-mana parti komponen BN.

PAS hilang arah tuju

Di Pasir Puteh, Kelantan, seramai 30 anggota PAS termasuk bekas Timbalan Ketua PAS Cawangan Bunut Rendang Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat PAS Semerak Noriah Salleh menyertai Umno hari ini.

Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di Pasir Puteh.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supporters "Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Selain itu, katanya pemimpin PAS sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota Umno seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.

Noriah, 30, pula berkata beliau memutuskan keluar dari parti itu disebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seringkali mengeluarkan kenyataan menyamakan sifat manusia dengan Allah yang boleh merosakkan akidah.

Zawawi pula berkata sejak Januari lepas sehingga sekarang lebih 500 anggota PAS terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, DUN Gaal dan DUN Semerak sudah menyertai Umno.

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan bekas ulama PAS yang menyertai Umno untuk membongkar salah-laku PAS sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan pada majlis yang akan diadakan di kawasan kubu kuat PAS.

- Bernama

ADS