Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan.

azlan Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keterangannya Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau mengambil sampel dari mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.

Mahkamah juga dijangka mendengar keterangan seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG  

2.29pm: Selepas bermesyuarat di kamar hakim, ia diputuskan kes ditangguhkan sehingga jam 8.30 pagi esok kerana penghawa dingin masih tidak berfungsi.

NONE Sankara memberitahu wartawan bahawa sistem rakaman catatan mahkamah juga tidak berfungsi dan ini memaksa hakim mengambil keputusan menangguhkan perbicaraan.

2.15pm: Semua pihak berada di mahkamah. Semua pihak berada di mahkamah. Bekalan elektrik sudah dipulihkan tetapi penghawa dingin masih belum berfungsi.

Sebahagian daripada kompleks mahkamah juga belum mempunyai bekalan elektrik.

Menemani Anwar pada sesi petang ini adalah anaknya, Nurul Izzah dan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.

11.00am: Memandangkan bekalan elektrik terputus, hakim membenarkan penangguhan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini

10.56am: Perbicaraan bersambung dengan Nordin menyoal-balas Seah.

Namun, ganguan bekalan elektrik menyebabkan mahkamah terpaksa berhenti sekali lagi.

10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong. Mahkamah berehat seketika.

10.02am:

Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.

9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.

NONE "Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”

"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' liwat,” kata doktor itu ketika ditanya.

9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam ( kiri ). Giliran DPP Datuk Nordin Hassan menjalankan soal balasnya pula.

Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.

9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.

NONE 9.25am: Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.

Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.

Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.

9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.

Dr Khairul Nizam bersetuju.

9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".

9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.

NONE Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.

Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng ( kiri ), kata Dr Khairul Nizam.

9.04am: Dr Khairul Nizam berkata Saiful pada wawancara itu berkata dia melawan ketika kejadian liwat itu.

"Saiful, menurut borang pro-forma tersebut berkata tertuduh cuba untuk memancut,” menurut doktor HKL itu.

8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat oleh Saiful.

Dia tidak ingat siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa tertuduh dipaksa melakukan  seks oral.

"Ia mungkin daripada wawancara dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.

Dr Khairul bersetuju seks oral adalah berlainan dengan seks di dubur, yang menjadi aduan asal yang dikemukakan oleh Saiful.

8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.

NONE Dr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.

Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.

Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.

8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

[Berita lanjut menyusul]

ADS