Pro-M menang 13 kerusi tanpa bertanding di UIA

Abdul Rahim Sabri        

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua 'kubu kuat' pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda - yang juga pengetua Kolej Ali - di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.

NONE Dalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan - bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.

Daripada jumlah tersebut, 14 kerusi dipertandingkan di kampus induk di Gombak manakala 12 kerusi lagi di kampus UIA Kuantan.

Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) - kesemuanya di kampus induk di Gombak.

NONE Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan - iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).

Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.

Pengundian akan diadakan pada 22 Februari ini yang membabitkan lapan kerusi di Gombak (kuliah undang-undang (2), ekonomi (2), ilmu wahyu dan sains sosial (2) dan pendidikan (2).

Di Kuantan pula, empat lagi akan dipertandingkan, iaitu kuliah sains bersekutu (2) dan kejururawatan (2).

NONE Manakala kumpulan pro-Aspirasi pula menang tanpa bertanding satu kerusi di kuliah pergigian. Tahun lalu, kumpulan tersebut memenangi tujuh kerusi.

Sementara itu, Fauzi juga mengumumkan bahawa kelima-lima kerusi antarabangsa turut dimenangi tanpa bertanding.

Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In