Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib cabar Pakatan kemuka kabinet bayangan
Diterbitkan:  Feb 20, 2011 9:46 AM
Dikemaskini: Feb 21, 2011 2:45 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  mencabar Pakatan Rakyat yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan bayangan kabinet mereka kepada rakyat.

najib razak meets umno division leaders Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

"Di Malaysia kita cuma ada kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka," katanya semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau malam ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.

Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu.

'Parti Keluar Ramai-Ramai'

"Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu," katanya.

    

NONE Najib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan PKR yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu.

Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimennya.

Secara berjenaka, beliau berkata beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai "Parti Keluar Ramai-Ramai".

Mengenai PAS pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat  perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju.

- Bernama

ADS