Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Prasarana: Bajet projek LRT tak lebih RM7bilion
Diterbitkan:  Mar 11, 2011 1:57 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) yakin projeknya bagi menyambung landasan sistem aliran transit (LRT) Kelana Jaya dan Ampang tidak akan mencecah lebihi RM7 bilion seperti yang dirancang.

azlan Pengarah kumpulan pembangunan projek SPNB, Zulkifli Mohd Yusoff berkata pihaknya juga telah mengambil kira perbelanjaan yang tidak dijangka semasa membuat anggaran bajet projek berkenaan.

“Kita yakin (bajet) RM7 bilion tidak akan tersasar,” katanya kepada wartawan semasa taklimat media berhubung lanjutan landasan LRT, hari ini.

Menurut Zulkifli, setakat ini mereka berjaya mendapatkan RM2 bilion melalui bon Sukuk bagi membiayai projek itu yang dijangka  kerja-kerja struktural akan dimulakan menjelang hujung bulan ini.

Katanya, mereka perlu mendapatkan baki RM5 bilion tahun depan supaya hasrat mereka untuk menyiapkan segera projek berkenaan yang disasarkan pada 2014 dapat dicapai.

“Dana yang ada mencukupi untuk tahun ini dan kami akan ke pasaran bagi mendapatkan lebih banyak dana.. Memandangkan kami berjaya mendapatkan RM2 bilion melalui bon Sukuk, kami jangka akan menjalankan cara yang sama untuk mendapatkan dana selebihnya.”

[Baca berita penuh]

ADS