Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rumah terbengkalai: Petugas khas ditubuh
Diterbitkan:  Mar 11, 2011 4:07 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Satu pasukan petugas khas pemulihan projek terbengkalai akan ditubuh bagi menangani masalah projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin.

NONE Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) yang ingin melihat penyelesaian terbaik terhadap masalah yang tidak berkesudahan itu.

Lajim berkata, pasukan petugas khas itu akan dianggotai pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkepentingan dalam industri perumahan.

"Kerajaan serius untuk mengatasi masalah ini dan sebab itu kita mahu tubuhkan satu pasukan petugas khas pemulihan projek terbengkalai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat projek perumahan terbengkalai di Wisma Tun Fuad Stephens, di Kota Kinabalu hari ini.

Lajim berkata bagi tempoh 2009 hingga 2010, terdapat 161 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

Sebanyak 58 projek perumahan sedang dipulihkan atau dalam proses melantik pemaju penyelamat manakala 52 projek lagi sedang dalam proses mencari pemaju penyelamat, katanya.

- Bernama

ADS