Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Kita ada 'pengalaman buruk' dengan nuklear
Diterbitkan:  Mar 16, 2011 1:25 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa pentadbirannya tidak menjana tenaga melalui penggunaan kuasa nuklear kerana pernah mengalami "pengalaman buruk" dengan teknologi tersebut.

NONE Oleh itu, katanya, kabinet hanya menyokong penggunaan empat cara menjana kuasa, iaitu bahan api, arang batu, gas dan hidro (bekalan elektrik).

Tambahnya, kabinet tidak menyokong pilihan tenaga nuklear kerana terdapat satu kebimbangan mengenai bagaimana hendak melupuskan sisanya.

Tambahan pula, kata Dr Mahathir, "kita pernah mengalami pengalaman buruk dengannya."

Beliau bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut apakah “pengalaman buruk” tersebut.

Bagaimanapun, memang menjadi pengetahuan umum bahawa Institut Teknologi Nuklear Malaysia di Bangi pernah mengendalikan sebuah reaktor mini ujian pada tahun 1980-an.

NONE Bercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Cyberjaya hari ini, Dr Mahathir berkata Malaysia masih melakukan lebih banyak penyelidikan tentang teknologi lakuran (fusion) jika ia bercadang membina loji kuasa nuklear.

[Baca berita penuh]

ADS