Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undur selepas pilihan raya, ulang Taib
Diterbitkan:  Mar 19, 2011 1:13 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Ketua Menteri Sarawak  Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

sarawak BN convention taib and wife Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa.

[Baca berita penuh]

ADS