Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Maju tanah: Saya bukan dapat komisen, kata Taib
Diterbitkan:  Mar 25, 2011 5:42 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau secara peribadi tidak memperoleh apa-apa imbuhan kewangan hasil daripada usahanya memperkenalkan konsep estet Bumiputera untuk membangunkan tanah Bumiputera di negeri itu.

    

Katanya, tidak ada sebab bagi beliau dituduh oleh segelintir pihak sebagai cuba merampas tanah rakyat melalui konsep pembangunan itu sedangkan tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup pemilik tanah berkenaan.

    

NONE "Saya buat estet bumiputera, gaji saya masih macam itu juga. Tidak bertambah kerana bukan ada komisen," kata Taib, yang juga menteri perancangan dan pengurusan sumber Sarawak.

    

Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan projek pembangunan tanah hak adat Bumiputera Lubok Nibong-Dabai-Pasir Puteh di Marudi hari ini.

Katanya konsep estet bumiputera terhasil selepas kejayaan kerajaan negeri membangunkan kira-kira satu juta hektar tanah kerajaan melalui usahasama dengan syarikat perladangan swasta.

    

Melalui konsep estet bumiputera ini, Taib berkata usahasama diwujudkan di antara pemilik tanah, agensi kerajaan yang dilantik serta syarikat perladangan swasta untuk membangunkan tanah bumiputera.

    

Katanya hak pemilik ke atas tanah mereka juga tetap terpelihara selain dapat menambah nilai tanah mereka serta mendapat pulangan dalam bentuk dividen hasil penglibatan mereka dalam usahasama itu.

    

Melalui konsep ini juga, tanggapan 'bumiputera ada harta tapi tiada nilai' dapat dikikis, katanya.

    

Beliau berkata, kurang pemahaman di kalangan pemilik tanah Bumiputera tentang konsep inilah yang membuka peluang kepada pihak tertentu untuk menakut-nakutkan  mereka dengan dakwaan kerajaan hendak merampas tanah mereka.

    

"Tidak ada sebab untuk kami (kerajaan) nak rampas tanah rakyat," katanya.

- Bernama

ADS