Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tiga orang ADUN PKR hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk memberi kenyataan berhubung satu perhimpunan anjuran parti itu pada tengah malam Jumaat lalu.

NONE ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves) tiba di balai berkenaan pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis untuk hadir memberi keterangan pada tengah malam Isnin lalu.

Wakil rakyat berkenaan memasuki balai polis ditemani peguam Latheefa Koya dan N Surendran serta ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Sementara itu, sekumpulan penyokong seramai kira-kira 50 orang turut berkumpul di luar balai polis berkenaan.

Dilaporkan, satu insiden kekecohan berlaku melibatkan peserta perhimpunan berkenaan, antara tengah malam dan awal pagi Sabtu lalu.

NONE Dalam kejadian itu, sepasukan polis termasuk FRU bertindak menghalang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapan di perhimpunan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Surendran dalam satu tulisan di Twitter berkata, siasatan ke atas Azmin dijalankan bawah Akta Hasutan dan Akta Polis.

Ceramah politik TPM dibenarkan

Azmin turut mengulas di laman Twitter bahawa dua laporan polis telah dibuat ke atasnya.

NONE "Pegawai polis yang merakam percakapan saya belum lagipun melihat laporan polis yang dibuat.

"Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik Muhyiddin di Kg. Pandan malam tadi (sedangkan) kelulusan oleh IPD yang sama.

"(Polis) tak boleh jawab," katanya lagi dalam tulisan berkenaan.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu disiasat bawah Seksyen 27(5) Akta Polis dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Polis selesai merakamkan kenyataan ketiga-tiga wakil rakyat itu kira-kira satu jam setengah kemudian.

Surendran ketika keluar daripada balai itu berkata, polis telah bertanya mengenai ceramah yang diadakan di perkarangan pusat khidmat Azmin di Taman Melawati pada malam itu.

"(Ceramah itu) dijalankan mengikut undang-undang tapi diceroboh secara salah oleh polis.

NONE "Sepatutnya polis yang disiasat bukan ADUN ini," katanya kepada media.

Katanya lagi, polis turut bertanya sama ada ADUN berkenaan telah meminta anak muda untuk "mencetuskan perubahan" dalam ceramah mereka.

Tambahnya, wakil rakyat berkenaan juga ditanya sekiranya telah menimbulkan isu pergolakan di Mesir dan Tunisia dalam ceramah mereka.

ADS