Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Walaupun akan bertanding seperti biasa, PAS masih tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon BN Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud bertanding di DUN Muara Tuang.

pas muktamar 130610 mustafa ali Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, perasaan itu ekoran SPR sebagai pengendali pilihan raya mengambil masa terlalu lama, sehingga melewati jam 1 tengah hari untuk mengumumkan keputusannya.

"Kita (PAS) masih tak puas hati kerana masa yang diambil lama sangat. Biasanya jam 12  sudah boleh umum keputusan (bantahan)," katanya.

Semalam, hasrat PAS untuk menang tanpa bertanding di DUN itu tidak tercapai apabila

bantahan mereka terhadap Mohamad Ali - yang juga adik kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud - tidak tercapai apabila SPR menolaknya.

Walaupun mengambil masa, suruhanjaya itu menjelaskan, menurut rekodnya, Mohamad Ali ada menghantar penyata perbelanjaan kewangannya dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Perkara itu tulis mencetuskan perbicangan di intertet sehingga ada yang menuduh Mohamad Ali sebagai penyandang baru saja mengemukakan penyata itu selepas bantahan dibuat.

NONE Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang semalam, Mustafa memberitahu, walaupun menerima hakikat terdapat pertandingan, PAS tetap mengarahkan peguam terus meneliti isu yang ditimbulkan itu.

Keputusan penelitian dijangka diketahui dalam beberapa hari lagi sebelum boleh diputuskan tindakan lanjut, tambah Mustafa lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dakwaan tentang dakwaan-dakwaan di laman blog.

"Itu saya tidak berani hendak katalah," kata pemimpin veteran PAS itu.

Jika bantahan PAS diterima semalam, parti itu akan memecah tradisi dengan kemenangan pertama kali dalam pilihan raya negeri setelah menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang itu pada tahun 2003.

ADS